Quantcast
Channel: Brunei Students' Union in the UK and Eire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 328

PELITA BRUNEI: ‘Pamer bakat seni pelajar melalui Brunei Night 2018’

$
0
0

LONDON, Khamis, 1 Mac. – Lebih 200 pelajar di seluruh United Kingdom dan Eire berpeluang menyaksikan persembahan acara Brunei Night 2018, anjuran Imperial College Union Bruneian Society (ICUBS) yang dipersembahkan oleh pelbagai pelajar Brunei dari beberapa universiti London bertempat di Dewan Besar Imperial College London pada 17 Februari lalu.

Brunei Night merupakan acara tahunan bertujuan untuk mempamerkan bakat lakonan dan kesenian pelajar Brunei di London dan bertema ‘CHERMIN’. Persembahan tersebut mengisahkan sekumpulan enam sekawan menerokai hutan lagenda yang terkenal sebagai Pulau Chermin.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Richard Lindsey dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke United Kingdom & Northern Ireland, Jihan Nabilah binti Dato Paduka Haji Awang Abdul Rahman.

Brunei Night juga diisikan dengan penyampaian hadiah dan dua anugerah inisiatif, iaitu ‘Journey through the UK Photography Competition’, yang mana lima pemenang teratas terdiri daripada Syazwani Jumat (Tempat Pertama), Khairunnisa Hasanah Hassan (Tempat Kedua), Wardah Mohamed Daud (Tempat Ketiga), Nor ‘Adilah Kassim (Tempat Keempat) dan Roberto Lim (Tempat Kelima), manakala Pemenang ‘The second Golden Jubilee Illustration Competiton’ ialah Ernnie Ali Rahman (Tempat Pertama), Nurul Izzati Bahrin (Tempat Kedua) dan Michelle Tan Shi Ying (Tempat Ketiga).

Turut hadir adalah pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, Unit Pelajar Brunei, Agensi Pelaburan Brunei di London serta pelajar Brunei dan antarabangsa.

Penaja dan penyokong Brunei Night 2018 termasuk Unit Penuntut-Penuntut (UPP), Royal Brunei Airlines (RBA), Dua-O-Dua, Trandie Marina Resort and Seri Kandi.

DSCF5387 DSCF5373 DSCF5410 DSCF5556 DSCF5454

 

Dipetik dari: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=13044


Viewing all articles
Browse latest Browse all 328

Trending Articles