Quantcast
Channel: Brunei Students' Union in the UK and Eire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 328

PELITA BRUNEI: “BYG kukuhkan semangat kesukanan pelajar Brunei di UK”

$
0
0

Screen Shot 2017-11-28 at 2.30.17 PM

UNITED KINGDOM, Isnin, 27 November. – Penuntut-penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom (UK) berpeluang untuk bersaing dalam salah satu acara sukan yang paling digemari di kalangan masyarakat, iaitu Brunei Yorkshire Games (BYG) yang juga dijadikan sebagai platform ke arah mewujudkan dan mengukuhkan hubungan antara masyarakat dan pelajar.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan acara sukan tersebut, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dengan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Unit Pelajar Brunei dan Suruhanjaya Brunei di UK.

Di acara tersebut, tetamu kehormat memulakan acara utama dengan menyertai permainan kasual bola keranjang dengan penuntut-penuntut Brunei yang turut menghiburkan peserta dan mereka yang hadir.

Pada tahun ini, Persatuan dari BruSheff (Brunei-Sheffield), telah bekerjasama dengan Persatuan BruLeeds (Brunei – Leeds) dan Persatuan BruYork (Brunei – York) untuk menganjurkan BYG Ke-7 pada 11 November 2017 lalu, di Pusat Sukan Concord.

Selain dari permainan tradisional ‘dodgeball’ dan ‘frisbee’, BYG 2017, sukan bola keranjang 3×3 juga diadakan, yang memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai jenis permainan mengikut keutamaan mereka.

Buat pertama kali bagi tahun ke-7, BruSheff telah menjemput pelajar dari Persatuan Pelajar Malaysia Sheffield (Sheffield Malaysian Students Association – SMSA) untuk menyertai sukan berkenaan yang menghimpunkan secara keseluruhan kepada 17 pasukan.

Majlis penyampaian hadiah diadakan di sebelah petang, di mana presiden setiap pertandingan bergilir-gilir menyampaikan sijil, pingat dan trofi kepada para peserta.

 

Article extracted from: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita/NewDisplayForm.aspx?ID=13551


Viewing all articles
Browse latest Browse all 328

Trending Articles