Quantcast
Channel: Brunei Students' Union in the UK and Eire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 328

Pelita Brunei: ‘Pelajar didedahkan cara menyempurnakan jenazah’

$
0
0
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Ogos. –  Ke arah memastikan pelajar-pelajar seberang laut menghayati konsep Melayu Islam Beraja (MIB), Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengungkayahkan satu kursus singkat cara-cara menyempurnakan jenazah pada Isnin, 21 Ogos 2017 yang lalu bagi pelajar-pelajar seberang laut yang pada masa kini sedang bercuti musim panas di tanah air.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk penghayatan dan pengukuhan akidah para pelajar di samping itu juga supaya pelajar sedar bahawa meskipun ia fardu kifayah akan tetapi tuntutan mempelajarinya adalah fardu ain.
Kursus diadakan di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong dan tenaga pengajar adalah terdiri daripada pegawai masjid dan imam masjid berkenaan.
Pada akhir kursus, selain daripada perkongsian pengalaman oleh pengkursus sesi soal jawab juga dibukakan kepada pelajar.Screen Shot 2017-08-25 at 3.32.29 PM
Petikan dari: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita/NewDisplayForm.aspx?ID=12006

Viewing all articles
Browse latest Browse all 328

Trending Articles