Quantcast
Channel: Brunei Students' Union in the UK and Eire
Viewing all articles
Browse latest Browse all 328

Pelita Brunei: BruROSA dan BSUnion memperkasa belia Brunei

$
0
0
Screen Shot 2017-08-03 at 9.25.58 PM
BANDAR SERI BEGAWAN. – Persatuan Pelajar Agama Brunei (BruROSA) dan Persatuan Pelajar Brunei di United Kingdom & Eire (BSUnion) baru-baru ini menganjurkan siri ceramah interaktif bertajuk, ‘Memperkasakan Belia: Membuka Potensi Benar Awda, Perubahan Bermula Dari Dalam’ di beberapa buah Pusat Tingkatan Enam di seluruh Daerah Brunei-Muara. Sekolah-sekolah yang disasarkan termasuk, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Pusat Tingkatan Enam Meragang dan Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkauan komuniti yang diambil oleh kedua-dua persatuan, tujuan ceramah ini adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan mereka yang akan datang serta membantu memberikan landasan yang kukuh untuk mengamalkan Islam sebagai terasnya. Pelajar dapat memikirkan terhadap tindakan mereka yang lalu untuk membantu membuat pilihan yang baik dan mengatasi cabaran di masa depan.
Acara-acara tersebut bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Presiden BruROSA 2017 / 18, Awang Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian dan ucapan pembukaan oleh Naib Presiden Pentadbiran & Kewangan BSUnion 2017 / 18, Awangku Muhammad Aqil bin Pengiran Jaya.
Penceramah termasuk beberapa pelajar Brunei yang kini dan telah belajar di UK yang sanggup berkongsi pengalaman mereka, dalam usaha untuk membantu memberi inspirasi kepada pelajar untuk berusaha dan membina masa depan yang lebih baik.
Mereka adalah Awangku Muhammad Aqil bin Pengiran Jaya dari Imperial College London; Awang Md Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian dari University of Kent; Dayang Rasyidahatul binti PB Haji Abu Bakar dari University of Essex; Awang Md Zulfan Farhi bin Haji Sulaini dari University of Leicester; Awang Muhd Aiman Syafiq bin Haji Ramlee dari University College London; Awang Muhd Wazien Naufal bin Awg Azmain, lulusan dari Universiti Leicester dan Awang Muhammad Hamizan bin Haji Zaini, lulusan Imperial College London dan pengasas BruROSA.
Ceramah dari para penceramah memberi perspektif – dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi dan sedang dihadapi sebagai pelajar. Ini dilakukan dengan cara yang mendalam dan akhirnya menyediakan ruang di mana para pelajar dapat membuka dan membicarakan perjuangan mereka. Hasilnya sangat beremosi, menyedihkan dan memberi semangat. Ini juga dicapai dengan lancar melalui sesi perkongsian dalam kumpulan kecil dan aktiviti yang bermakna.
Acara-acara tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Penutup oleh Awang Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian.

 

Article obtained from: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita/NewDisplayForm.aspx?ID=11712


Viewing all articles
Browse latest Browse all 328

Trending Articles